Isnin, 18 Julai 2011

Cara-Cara Untuk Aktifkan Paypal dengan Maybank kad (debit kad)


 Masa free macam ini lah zik nak update blog..so terfikir tadi macam nak kongsi bagaimana nak aktifkan Paypal anda guna Maybank kad (debit kad sahaja)..anda tidak perlu fikir la guna kad kredit untuk beli barang ikut internet..jadi apa yang anda rasa berkenan kat dalam internet boleh la guna Paypal..senang la sikit kan..kad kredit xsemua mampu guna kan..so sila ikut langkah2 yang zik sediakan..

 disini zik akan ceritakan secara ringkas je ek sebab yang penting bab nak masukkan dan dapatkan expuse code..Setelah siap create akaun paypal anda, anda perlukan credit card, debit card atau virtual credit card untuk aktifkan akaun anda kan? ini caranya untuk sesiapa yang belum tahu untuk dapatkan dan masukkan expuse code jika guna debit kad maybank sebab zik dah cari tak ada sangat perkongsian dan bila zik tepon maybank service center, 3-4 kali call asyik tunggu tapi takde orang angkat..so jangan bazirkan kredit dan masa anda..so joom kita lihat langkah2nya.,,

1- Klik pada butang profile, dan nanti akan ada drop down menu. Pilih Add/Edit Credit Card. 


 2- Klik pada Add Card dan masukkan detail kad debit anda tu seperti di minta di page berkenaan.

3- Lepas siap isi, klik continue. Anda akan dimaklumkan yang kad anda perlukan pengesahan. Expuse code telah dihantar dan akan dicaj $1.95..tapi caj ni akan dikreditkan balik ke akaun anda nanti. Ini sebagai pengesahan je.

4- Ok lepas tu, biarkan 12-24 jam. Kemudian login ke Maybank2u anda untuk dapatkan expuse code tersebut. tak perlu call service center, buat perabih kredit je.
  
 5- Klik pada accounts & banking. Klik pada akaun bank anda. Klik pada debit card history.

6- Dapatkan expuse code 4 digit seperti di tunjukkan gambar di bawah (klik pada gambar untuk besarkan).


7- Login ke paypal anda balik dan ada 2 cara untuk masukkan expuse code. 1 klik pada butang profile, klik add/edit credit card. Atau 2- klik pada confirm my debit or credit card.


8- Jika klik pada profile>>Add/edit credit card, gambar seperti dibawah akan keluar dan klik pada link Enter Paypal Code

 9- Jika klik mana2 cara pun, akhirnya akan keluar page seperti di bawah ni..masukkan code tadi pada ruangan paypal code dan klik submit.

10- Jika berjaya, page seperti dibawah akan ditunjukkan..Tahniah..Akaun paypal anda sekarang telah dikatifkan sepenuhnya menggunakan debit kad maybank anda..


Minta perhatian agar jangan dedahkan password paypal dan detail debit/kredit kad anda. Ini mengelakkan sebarang penggunaan akaun tanpa pengetahuan anda. Selamat berbelanja/berniaga menggunakan paypal di internet :)..Jooom shopping online..tapi hati2 dengan kes penipuan online...gudluck..

Perniagaan dan kawan..Mana yang lebih penting??


  terima kasih kepada pembaca yang ingin membaca blog zik lagi..ok la kabanyakkan orang ramai tahu dari dulu sampailah sekarang zik suka berniaga..banyak jenis dah zik telah cuba kat uitm nih..alhamdullah semua ok cuma komitmen study pun zik kene fikir juga..sebab zik datang sini nak belajar juga..

  Berbalik pada tajuk atas kan..zik nak share la liku2 perjuangan perniagaan yang zik buat..kalau kita fikirkan persahabatan dan perniagaan mana yang utama??

  Bagi zik adalah dua2..disebabkan zik masih berpegang pada satu hadis nabi jungjungan kita Muhammad S.A.W yang mana baginda telah bersabda:-

  "tidak beriman antara kamu.sehinggalah kamu menyangi saudara kamu seperti mana kamu menyangi diri kamu sendiri"..

  besar kan erti persahabatn dalam islam..tetapi sekarang kebanakkan orang yang zik tengok la berkawan atas sebab berkepentingan..dan memberi faedah kepada mereka..perlu ke kita berkawan seperti ini??

  Dimanakah erti keikhlasan?..jika susah sangat nak ikhlas mcm mana pula dengan amalan2 kita yang lain..zik bukan la alim sangat nak berceramah dalam ini.disebabkan kita sebagai sesama islam lebih baik kita menyampaikan sedikit walaupun sepatah perkataan..mcm hadis nabi kan..

  "sampaikanlah pesananku walaupun sepatah perkataan"..

  ok la citer daripada tajuk ini adalah pasal ada kawan zik yang khianati zik masa nak mula niaga dulu..yelah zik pun xfaham dengan sikap orang kita yang mana suka cemburu..macam mana melayu mahu bangkit dalam perniagaan kalau dah masing2 pertingkan diri sendiri..bermula cerita pada satu masa dahulu..zik telah jumpa satu peluang perniagaan yang memang berpotensi dalam uitm ini..tapi ada seorang kawan dia sangat rapat dengan zik..dan dia berminat nak jadi rakan kongsi..ok la zik bertimbang rasa la sebab dia dah janji nak share sama2 bila zik dapat ptptn..zik mohon lambat ptptn jadi makan masa yang agak lama untuk nak teruskan perniagaan itu...

   selepas itu kawan zik yang janji nak jadi rakan kongsi dah mula resah..dia mintak zik ajar satu persatu cara2 nak order dan selebihnya..memang zik ajar dia dari A-Z..satu2 dan tak miss pown kaedah dia..so lpas 2 dia mula bisness tanpa pengathuan zik dan dalam seminggu zik dapat duit ptptn dan nak mulakan niaga dengan si polan ini..selepas itu..

   zik jumpa la dia..cakap la perbincangan dahulu nak niaga sekali..tapi tahu2 dia dah mula..zik agak terkilan la..siapa tak terkilan kalau dah kene khianati perjanjian..lagi sakit hati bila zik tanya dia mcm ini...

  "macam mana dengan projek kita yang bincang temph hari??"...zik

      "awak lambat zik,saya dah start sebulan lepas lagi..hahaha"..si polan

  "a?dah mula?habis itu janji dulu nak buat sekali?.janji macam mana?"..zik

   "zik kawan adalah kawan.niaga adalah niaga zik..zaman sekrang"..si polan.

zik senyap jah masa itu..yelah terkilan sangat2..apa yang kita ajar dia dulu dah memang tiada erti..dalam hati kecil zik tetap sabar dan zik nak tengok sejauh mana perjalanan perniagaan dia...

  selepas itu zik mulakan niaga dengan bantuan abang ngah zik..dia lagi la bagus semua urusan dia yang buat.zik bahagian promoter..tapi keuntungan dia bagi kat zik 75%..banyak betul..
  tapi alhamdullah keuntungan sehinggakan zik dapat beli Sony Playstation 3 duit yang lebih sikit..tapi sampai sekarang zik masih berhati2 setiap perniagaan yang zik tahu xnak kongsi lebih2..

 Sebagai pengajaran kepada kita semua..setiap apa yang berlaku Allah nak uji kita samada jalan penyelesain yang terbaik atau sebaliknya oleh kita...jadi bukannya nak kedekut ilmu.tetapi bab pepatah abah zik..

   "tidak semua benda kita boleh bagitahu kat orang.kadang2 kita perlu hati2 dengan serigala yang menanti untuk makan kita dari belakang"...



   

Ahad, 17 Julai 2011

Kenapa Iphone Anda perlu "jailbreak"?..5 sebab anda perlu jailbreak iphone anda..

  
  

      Sejak zik mula mengatahui mengenai jailbreak dan upgrade kaedah untuk iPhone, zik telah menerima emel daripada pembaca mengenai sebab untuk jailbreak dan perbezaan antara jailbreak dan membuka kunci. Dan soalan seperti,



"saya sudah mendapat AppStore Apple untuk memuat turun aplikasi. Adakah terdapat apa-apa sebab untuk jailbreak iPhone saya? ".



     zik fikir ia akan jadi lebih baik untuk menulis blog post untuk menangani semua soalan-soalan yang serupa. Pertama sekali, izinkan zik menjelaskan soalan tentang "Unlock iPhone vs jailbreak".

     Secara ringkas, jailbreak iphone anda bermakna anda dibenarkan untuk memasang aplikasi pihak ke-3 pada iPhone. Ini sesuai untuk semua versi firmwares. Dan, untuk "unlock iPhone", ia merujuk kepada proses untuk membuka iPhone anda untuk menerima semua pembawa. IPhone unlocked membolehkan anda untuk menggunakan kad SIM dari semua pembawa. Anda tidak mengikat kontrak yang lebih panjang kepada syarikat telekomunikasi rasmi (contohnya AT & T) yang diluluskan oleh Apple.

Jadi, dengan pengenalan muat turub melalui AppStore , mengapa kita masih perlu jailbreak? Untuk soalan ini, kebanyakannya disoal oleh pengguna iPhone 3G, saya telah memikirkan 5 sebab untuk jailbreak iPhone walaupun dengan kehadiran AppStore.


Sebab # 1 - Install aplikasi pihak ke-3 melalui Cydia dan Installer

Pengenalan AppStore di bawah 2.0 adalah ciri terbaik untuk update firmware ini, saya perlu akui. Tetapi walaupun dengan beribu-ribu tawaran aplikasi yang ada di AppStore, terdapat beberapa aplikasi besar yang lain, seperti Netshare, yang diharamkan oleh Apple disebabkan melawan Appstore atas sebab-sebab tertentu. Dan ini adalah tempat di mana Cydia dan Installer datang dan membolehkan anda memuat-turun semua aplikasi pihak ke-3. Antara aplikasi yang besar anda boleh mencari di Cydia adalah seperti berikut:

Cycorder / Perakam Video - Biar anda menangkap video pada iPhone
NemusSync - Sync bawah kalendar dengan Google Calendar
MxTube - Muat turun dan menyimpan video YouTube pada iPhone
iAcces - Let anda menggunakan semua jenis Kaedah Input Cina
iPhoneModem - Biar anda menggunakan iPhone sebagai modem dan memberi sambungan komputer riba anda kepada Internet melalui iPhone
Mame4iPhone - Main arked permainan pada iPhone

Sebab # 2 - Video Rakaman

Berbanding muat turun dengan mana-mana telefon mudah alih yang lain di pasaran, terdapat satu kawasan yang mana muat turun aplikasi pasti akan kalah - Rakaman Video. Dengan iPhone jailbreak, bagaimanapun, anda boleh dengan mudah menghidupkan kamera bawah ke dalam kamera video untuk rakaman video dengan menggunakan Cycorder atau bawah Perakam Video.


Sebab # 3 - Menukar Kelihatan iPhone & Rasa

Adakah anda bosan dengan ikon standard yang datang dengan iPhone? Pernah berfikir mengubah rupa iPhone? Dengan iPhone jailbreak, anda boleh menggunakan Winterboard untuk menggunakan tema di bawah dan membuat ia kelihatan walaupun coool. Berikut adalah hanya beberapa beberapa sampel untuk menunjukkan apa yang Winterboard boleh lakukan untuk anda:




Sebab # 4 - kawalan Penuh iPhone anda

Iphone jika kita dapat pandai menggunkannya..anda pasti tidak akan berfikir untuk menukarnya.persoalan ini terjawab "mengapa anda perlu jailbreak iPhone". Seperti yang anda mungkin tahu, bahagian dalam iPhone versi trim-down Mac OS X, yang sebenarnya teras Unix. Jadi, anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda boleh memasang beberapa aplikasi seperti Apache web pelayan Unix, pada iPhone. Jawapannya ialah ya. Dengan jailbreak iPhone, anda boleh memasang versi yang lebih ringan HTTP pelayan dan pelayan yang lain yang serupa. Dan, satu pelayan bahawa kebanyakan pengguna iPhone jailbreak menggunakan daemon SSH. Dengan SSH, anda boleh menyambung ke bawah dari jauh dan pemindahan fail ke / dari. Hebat sangat, kan?..jika anda mahir dalam comand promte anda pasti mengatahui ayat diatas..

Sebab # 5 - Unlock iPhone

Akhir sekali, alasan yang paling biasa untuk iPhone jailbreaking adalah untuk membuka kunci.anda tidak perlu membayar line talifon setiap bulan termasuk bayaran untuk iphone sekali..dengan ini anda boleh memakai iphone anda dengan mana2 sim kad..

harap apa yang zik nak share dapat membantu anda semua kenapa anda perlu jailbreak iphone anda..
jika anda berminat untuk jailbreak iphone anda bolehlah email zik.

~zickgent_xy@yahoo.com~

Sabtu, 16 Julai 2011

Apabila Pemimpim BerFacebooking...



sory la lame tak update blog..maklum la sejak ada iphone nih asyik dgn bnda 2..sambil2 zick guna iphone zick pun ada buat service jailbreak dan install application yang murah berbanding dengan harga pasaran yang mana anda semua boleh jimat dalam rm130...dengan jimat rm130 banyak benda anda akan boleh guna kan??

  Lari topic la pula..ok la sini nak la share sikit pada pembaca pasal pemimpin berfacebooking...yelah tak kira pemimpin mcm mana kan..pemimpin pelajar ke,pemimpin kepada pemimpin..termasuk semua la..yelah sebagai contohnya jika kita sebagai pemimpin mesti orang akan menghormati dan pandang tinggi kepada kita..apabila kita berada diatas kita akan sentiasa dipandang dan dinilai oleh orang yang kita memimpin...so kadang2 walaupun sedikit powm kesalahan yang kita buat mesti diperbesarkan..dan kita sebagai pemimpin xperlu la nak mudah melenting ataupun bersikap kasar..kalau tidak kenapa Allah meletakkan jawatan adalah fitnah yang paling tinggi dan besar dosanya kalau kita salah gunakan dia..

  Okalah berbalik pada tajuk ini..facebook sememangnya sangat biasa didengari..tapi masalahnya bila kita salah guna..kadang2 apa yang kita post akan membuatkan orang salah beranggapan dan salah menilai siapa sebenarnya diri kita..yelah kan sebagai contoh kita post mcm ini sebab rindu pada mak or ayah kita..

  "saya sangat rindu padanya"

  Cuba anda fikir apa disebalik maksud ini..1001 persoalan akan timbul..yang pastinya persepsi negetif akan terhasil lebih banyak berbanding daripada persepsi positif..ok kebiasaan persepsi nagetive seperti berikut adalah..

 "alah rindu kat GF powm nak post"
       
             "perlu ke nak post klu rindu"

                  "gediknya"
                 
                     "mcm la org lain xde perasaan rindu"

                         "perlu ke post mcm nih?"

ok semua diatas persepsi yang akan timbul..lain org lain cara pemikiran dan kebanyakkan org suka buat andaian negetif sebelum positif..mcm selalu mak zik pesan..

   "jika kita bercakap A..belum tentu yang mendegar akan fikir huruf A yang mana kita cakapkan"..

jika kita tengok seorang pemimpin bercakap sangat hebat diatas pentas sangat hebat..jika dia post bukan2 dalam FB secara automatic segala rasa hormat dan segan akan hilang2 ...blog ini adalah berdasarkan luahan hati penghuni kolej TAR semasa Zik memegang Majlis Tertinggi Kolej (MTK)..yang mana luahan ini telah didengari oleh zik kerana budak ini tidak berpuas hati tengok post yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin UiTM.

 Semua ini adlah guru terbaik bagi kita..kerana semua ini akan mengajar kita untuk hari akan datang..sekian,..

Spirit Of Ukhwah

Spirit Of Ukhwah
My Organization