Isnin, 18 Julai 2011

Cara-Cara Untuk Aktifkan Paypal dengan Maybank kad (debit kad)


 Masa free macam ini lah zik nak update blog..so terfikir tadi macam nak kongsi bagaimana nak aktifkan Paypal anda guna Maybank kad (debit kad sahaja)..anda tidak perlu fikir la guna kad kredit untuk beli barang ikut internet..jadi apa yang anda rasa berkenan kat dalam internet boleh la guna Paypal..senang la sikit kan..kad kredit xsemua mampu guna kan..so sila ikut langkah2 yang zik sediakan..

 disini zik akan ceritakan secara ringkas je ek sebab yang penting bab nak masukkan dan dapatkan expuse code..Setelah siap create akaun paypal anda, anda perlukan credit card, debit card atau virtual credit card untuk aktifkan akaun anda kan? ini caranya untuk sesiapa yang belum tahu untuk dapatkan dan masukkan expuse code jika guna debit kad maybank sebab zik dah cari tak ada sangat perkongsian dan bila zik tepon maybank service center, 3-4 kali call asyik tunggu tapi takde orang angkat..so jangan bazirkan kredit dan masa anda..so joom kita lihat langkah2nya.,,

1- Klik pada butang profile, dan nanti akan ada drop down menu. Pilih Add/Edit Credit Card. 


 2- Klik pada Add Card dan masukkan detail kad debit anda tu seperti di minta di page berkenaan.

3- Lepas siap isi, klik continue. Anda akan dimaklumkan yang kad anda perlukan pengesahan. Expuse code telah dihantar dan akan dicaj $1.95..tapi caj ni akan dikreditkan balik ke akaun anda nanti. Ini sebagai pengesahan je.

4- Ok lepas tu, biarkan 12-24 jam. Kemudian login ke Maybank2u anda untuk dapatkan expuse code tersebut. tak perlu call service center, buat perabih kredit je.
  
 5- Klik pada accounts & banking. Klik pada akaun bank anda. Klik pada debit card history.

6- Dapatkan expuse code 4 digit seperti di tunjukkan gambar di bawah (klik pada gambar untuk besarkan).


7- Login ke paypal anda balik dan ada 2 cara untuk masukkan expuse code. 1 klik pada butang profile, klik add/edit credit card. Atau 2- klik pada confirm my debit or credit card.


8- Jika klik pada profile>>Add/edit credit card, gambar seperti dibawah akan keluar dan klik pada link Enter Paypal Code

 9- Jika klik mana2 cara pun, akhirnya akan keluar page seperti di bawah ni..masukkan code tadi pada ruangan paypal code dan klik submit.

10- Jika berjaya, page seperti dibawah akan ditunjukkan..Tahniah..Akaun paypal anda sekarang telah dikatifkan sepenuhnya menggunakan debit kad maybank anda..


Minta perhatian agar jangan dedahkan password paypal dan detail debit/kredit kad anda. Ini mengelakkan sebarang penggunaan akaun tanpa pengetahuan anda. Selamat berbelanja/berniaga menggunakan paypal di internet :)..Jooom shopping online..tapi hati2 dengan kes penipuan online...gudluck..

4 ulasan:

  1. Nak tanyelah.. Ade x cara utk daftar maybank2u tanpa
    perlu pergi ke ATM? Saje je tanye. Sbg pengetahuan.

    BalasPadam
  2. is it possible to transfer my paypal money to maybank account??

    BalasPadam
  3. Selepas dah setle paypal code..untuk proses pembelian online macam mana...kena transfer pada akaun paypal ke duit atau beli dia akan terus debit

    BalasPadam

Spirit Of Ukhwah

Spirit Of Ukhwah
My Organization