Rabu, 17 November 2010

Amalan sujud lame menjauhkan diriku daripada asma.


Assalamualaikum w.b.t..

 saya ingin meminta maaf kalau blog pertama saya agak pelik.tapi saya rasa amat patut saya berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu kepada kawan-kawan diluar sana. 

  kalau nak diikutkan memang abah dengan nenek saya ada asma..kira penyakit keturunan la neyh.
agak terseksa bila diri kita diserang asma.bagi yang tidak pernah mengalami penyakit ini tidak merasa betapa seksanye penyakit asma.seksanye umpama anda menutup muka anda dengan bantal dan bernafas.mesti agak melemaskan.betul tak?.kadang2 berjalan pun kena perlahan supaya oksigen dalam dihirup ke dalam paru-paru.

    boleh dikatan setiap tahun 7 kali saya akan diserang asma. stok ubat sentiasa ada dirumah dan paling menyedihkan umi terpaksa tido-tido ayam semata2 nak jaga saya.dia sanggup bagun untuk menyuapkan madu kepada saya untuk mengurangkan asma itu.itulah dikatakan pengorbanan seorang ibu kepada anak.tapi kenapa sekarang anak-anak sanggup menghantar ibu bapa mereka ke "rumah orang tua"??..saya nasihatkan kepada diri sendiri dan yang berniat untuk menghantar ibu bapa mereka ke tempat buangan seperti itu sila anda muhasabah diri anda kerana ibu bapa kita sanggup menjaga dan melayan kerenah kita sewaktu bayi sehinggalah kita bergelar manusia berjaya..sambung topic kita balik.:-)

    sewaktu saya alam persekolahan,saya terbaca satu buku tentang fadhillat solat kepada umat manusia dari segi kesihatan dan kesan-kesan keatas diri kita ketika kita menunaikan sembahyang setiap hari..Daripada buku itulah saya cuba amalkan sujud dengan lebih lama..terutama sekali ketika solat hajat..itulah amalan yang saya amalkan sehinggalah penyakit asma saya sembuh dan hampir tiada dalam hidup saya..

    Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada Allah kerana sejak saya amalkan sujud lama dalam solat menyebabkan diri saya terhindar dari pnyakit tersebut.sehinggakan para doktor selalu bertanya kepada saya "Adik ada rekod penyakit asma kan??"..doktor pun rasa sangat hairan kerana saya sudah 3tahun tidak mendapat asma seperti dulu.saya boleh bersukan seperti rakan2 yang laen.Alhamdulillah.

    Kepada pembaca saya ingin memberitahu yang ketika anda sujud anda cubalah istigfar,selawat dan tasbih 100x sebelum memulakan hajat daripada yang Maha Esa..Ini adalah nasihat daripada Tok Guru nik Aziz ketika beliau datang melawat sekolah saya dulu..beliau berkata "kalau kita berhajatkan duit daripada ibu bapa kita,kita mesti meminta selalu untuk mendapatkanya,ini termasuk tunjukkan sifat positif kepada mereka.ini sama seperti istighfar,selawat dan tasbih sebelum berdoa"..

    saya lampirkan keistimewaan sujud dalam solat harian kita..

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal fikiran manusia yang serba lemah ini.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :

1) SUJUD FIZIKAL sepertimana ketika bersolat.

2) SUJUD SPIRITUAL berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.


Apa yang ditekankan disini adalah SUJUD FIZIKAL.

Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. dan menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.


Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah SUJUD antara lain ialah:

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.



Bernafas ketika SUJUD akan :

a)Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b)Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

c)Melegakan sakit hernia.

d)Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e)Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs)

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS@SPLEEN (limpa)

g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS.

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur .

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).

o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan PSIKOLOGI pula kita akan merasa rendah diri dihadapan Pencipta Yang Maha Esa, sifat sombong, riak, takabbur dapat dikikis dari diri kita.


Wallahua'lam...

  

2 ulasan:

  1. Tapi rasanya bagus di lakukan sujud lelama nih sewaktu solat sendiri dan bukan waktu berjamaah.

    Wallahuaklam.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...Memang terbaiklah isinya..izinkan ana Blog This!..ok
    nak kongsi ok..jazakallahhuhoiran.....

    BalasPadam

Spirit Of Ukhwah

Spirit Of Ukhwah
My Organization