Sabtu, 29 Januari 2011
Kerana tanah 15cm dah mcam perang dunia II
Disini zik nak cerita disebabkan tanah 15cm terlebih dah bising dah padahal tanah itu adalah tanah nenek moyang jugak. Yelah bab cakap orang kerana harta manusia sanggup menumpahkan darah.
Xfaham la kenapa kat dunia orang melayu dilumuri dengan perasaan iri hati apabila melihat sanak saudara mereka senang sedikit daripada mereka. Entah kenapa perasaan tersebut mereka harus apikan kerana rezeki itu datang daripada Allah dan berkat usaha kita sendiri.
Kenapa mereka tidak berusaha seperti mana mereka yang berjaya juga?? alangkah ruginya orang melayu kita sekarang yang masih berfikiran kolot dan jumud seperti ini dan banyak menyusahkan bangsa sendiri.
Bermula cerita sebelum kematian arwah nenek dahulu belum pernah diungkitkan sampai mana tanah "Awak dan Saya". seingat zik dulu memang la pernah ada batu tanda kat sempadan tanah arwah nenek dengan tanah sebelah. tetapi semasa nenek tngah sakit xpernah pun fikir sampai mana tanah 2 disebabkan dah ada tunggul batu yang ditanda nenek moyang dulu.
Tersebut la al-kisah dimana batu itu telah digali dan dibuang tempat asalnya dan tidak disedari oleh kami sekeluarga dan pada satu hari zik terjaga dari tidur apabila terdengar satu bunyi bising seperti ada orang tengah membebel. entah la si pak cik 2 bebel pew. tapi umi jew yang cakap dengan dia. dulu semasa arwah nenek tidak pun ngunkit pasal sempadan tanah. tapi dah menjadi selepas arwah nenek meninggal 3tahun dahulu.
Disebabkan paip air yang 15cm dari bilik mandi terkeluar dari rumah dah bising dan mulut macam leser. bila nak rujuk tempat batu tanda tersebut sudah hilang entah ke mana. pelik sungguh batu tanda yang sedalam 3kaki dah digali. bila hilang pun kita orang xpersan. Orang kampung pun pelik..
Entah la kenapa nak besarkan hal yang kecik. sedangkan tanah tersebut adalah milik nenek moynag yang sama. Mungkin dengan itu dapat tenagkan hati pemilik tanah maka kami sekeluarga mencari alternative membuat pagar dengan penanda pokok yang masih hdup di sebelah rumah.
Jikalau pagar tidak dibuat awal2 kemungkinan besar apabila pokok tersebut mati rumah yang kami semua duduk selama ini akan termasuk tanah orang juga. Pejabat Tanah tidak dapat mengukur sempadan tanah kerana tanah tersebut tidak dinyatakan oleh moyang kami semasa dahulu.
Orang yang hasad dengki tidak akan hidup aman sehinggalah orang itu dapat apa yang dihajatinya.
sebagai kesimpulanya. Kita sebagai saudara jaganlah berkira sangat dan ingat pada satu masa kita akan memerlukan pertlongan daripadanya dan kemana nak letak muka jikalau kita sangat memerlukannya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan