Kisah ini berlaku semasa musim "study week" universiti dimana sering mengasingkan diri untuk menghafal bagi subjek tertentu bagi memastikan semua tajuk dapat dihabiskan.. Rakan sebilik saya Azhar,Zakwan(YB), dan Joe seringkali bertanya kemana saya menghilangkan diri sejak dua menjak ini. Saya rasa lebih selesa bersendirian ketika proses meghafal. YB bertanya kepada saya
"hey zik ko pergi mana baru balik time macam nih? Ko study bilik gerakan kew?"..saya hanya mengangguk kepala sahaja kerana tidak mahu menganggu Azhar dan Joe tidur.
Kebiasaan dalam pukul 3 atau 4 pagi saya akan balik ke bilik untuk tidur. Seperti kebiasaan hari-hari yang sebelumya YB selalu tidur lewat kerana dia suka sangat tengok video bola. Entah berapa kali dia tengok benda yang sama,tapi saya rasa itu bagus baginya kerana dia seorang yang aktif sukan futsal. Banyak "skill" yang dia pelajari dalam video itu diaplikasi semasa bermain futsal bersama rakanya.
Seperti mana yang kita semua ketahui. Jika sesebuah tempat atau rumah yang tidak berpenghuni selama 30hari maka akan adalah penghuni tersebut (makhluk halus). Dan makhluk tersebut kebiasaan mempunyai keluarga sama seperti manusia terdiri daripada anak-anak dan isteri-isteri dari golongan mereka. Saya akan mengambil satu "test" bagi subjek Marketing untuk tempoh seminggu jarak masa tersebut. Maka saya telah berjanji akan menghabiskan tajuk-tajuk tersebut 2hari sebelum tarikh "test" ataupun ujian untuk mendapatkan markah yang tinggi.
Setelah selesai solat isyak saya telah membawa semua buku-buku serta bantal dan selimut untuk tidur di bilik gerakan. Untuk pengatahuan pembaca bilik gerakan tersebut adalah digunkan semasa mesyuarat sahaja dan tidak dijadikan tempat lepak Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Setiap kali saya masuk ke bilik gerakkan tersebu, saya suka bersendirian dan dapat merasai bahawa ada sesuatu atau seseorang yang sedang memerhatikan gerak geri saya. Tetapi semua ketakutan ini saya hilangkan dengan memikirkan memang kewujudan makhluk halus adalah benar sepertimana Allah telah berfirman di dalam Al-AQuran. Maka semua pemikiran negetif saya buang ke tepi. Tepat pada pukul 11.15 mlm saya mendengar suara dan bunyi seolah-olah dua bilik sebelah bilik gerakan itu berpenghuni dan kadang-kadang benda yang tidak munasabah kedengaran. Untuk menghilangkan rasa takut saya cuba memikirkan bahawa itu adalah bunyi-bunyi biasa. dan kadang-kala bunyi seolah-olah ada benda yang nak masuk bilik itu..
Pernah satu ketika dimana saya rasa ditindih dan sangat sukar untuk bangun dari tido, dan kadang kala memang ternampak seolah-olah ada seseorang duduk di atas kerusi sambil memerhatikan saya. amat mengerikan.
tepat 6.30 a.m alarm berbunyi saya terus bangun solat subuh dan terus balik bilik. dan menyambung tido untuk kumpulkan tenaga semula. Beberapa jam kemudian phone sony Aino berbunyi dan dalam keadaan mamai kedengaran ringtone panggilan dari abah. saya menjawab phone dalam separuh sedar dan umi berkata
" aii masih tido lagi kew? dah lewat dah neyh umi nak mai tengok mata anak umi neyh, dlm 30 mnt lagi umi sampai"..
ikotkan hati xnak bangun tapi disebabkan umi tersayang nak datang terpaksa korbankan nafsu tido jup.. Seperti biasa umi dan abah akan tunggu kat kedai makan di luar UiTM bersama adik-adik. Kejadian di bilik gerakan semalam bermain di fikiran ini dan selalu cuba lupakan hal berikut akan tapiii... perasaan ingin tahu wujud dalam diri ini. Memandangkan abah datang saya rasa lebih baik berkongsi dengan abah.
Tanpa buang masa saya terus pergi ke kedai makan tersebut dan dari jauh dapat ku lihat senyuman umi abah di dalam kereta melihat diriku ke arah kereta yang berada di bahu kereta. Salam dan ciuman diberi kepada abah dan umi.heheehe
semasa sarapan pagi itu saya membuka topik berkenaan Bilik Gerakan tersebut dan memberitahu pasal ganguan makhluk halus dalam bilik gerakan. semasa makan tiba2 abah diam dan pandang ke arah diri ini sambil dahinya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu yang ku fikirkan. semasa umi dengan adik-adikku ketawa tiba-tiba mereka terdiam apabila abah bagitahu yang saya telah gangu tempat mereka. abah masih diam dan tidak banyak bercakap. Syukur Alhamdllah kerana Abah dikurniakan satu kelebihan dapat mengathui tentang makhluk halus..
Setelah lama berdiam abah bercakap semula dan abah bagitahu yang saya telah mengangu penghuni Bilik Gerakan dengan menghafal subjek "LAW" dengan nada yang kuat menggangu anak dan bini makhluk tersebut yang sedang tido. Abah marah sebab mereka macam kita juga makan, minum dan tido. saya hanya berdiam diri dan asyik mendegar kata-kata abah itu. Abah seolah-olah macam menyampaikan apa yang makhluk itu nak bagitahu.
"Kenapa pandai2 baca pagar bilik gerkan sebab itulah pintu bilik gerkan seolah-olah dirempuh sebab makhluk tersebut tak dapat masuk rumah mereka. Lagi satu lain kali jangan nak pandai2 baca yasin kat tempat yang lama tinggal dan klu nak suruh penghuni ini tinggalkan bilik gerakan dengar cakap abah, Nak tak?". Abah berkata.
" Nak2 tapi xkesian ke kat mereka?. Nak buat macam mana abah?". Saya menjawab.
" Kalau betol2 nak dengar cakap abah, cuba tidur dalam bilik gerakan dengan kawan2 lebih kurang 3 orang dan jangan sekali-kali tido seorang sebab salah hari bulan penghuni akan angkut letak kat dalam hutan depan UiTM". Abah bagi nasihat dengan serius.
"Ok abah nanti cik cuba buat deh".. saya menjawab dengan senyum campur berdebar.
selesai semua perihal itu saya dalam dua, samada nak teruskan stdy dalam bilik gerakan ataupun dalam bilik je. Tapi keadaan Bilik gerkan jauh lebih senyap dan selesa dan saya bertekad akan ikut nasihat abah untuk meminta penghuni tersebut berpindah dari bilik gerakan itu.
Selesai sudah sarapan abah dan umi menghantar saya ke kolej kediaman semula dan saya dapat SMS daripada Bagia. Bagia adalah salah seorang pesakit saya semasa minggu orentasi. dia cakap nak lepak kat bilik. Tidak lama dari SMS itu Bagia telah mengetuk pintu bilik.
" Assalamualaikum, Zik ada??" Bagia Memberi salam.
"Waalaikumussalam, ada masuk la pen (nama manja bagia)."
selepas lama kita orang borak tentang hal masing2 tiba bagia membuka topic mengenai kejadian aneh di bilik gerakan semasa kawannya melihat satu objek putih berkeliaran dihadapan bilik gerakan. Saya tersentap.
"AAA??? objek putih??..bila tu?!!? saya bertanya dengan perasaan terkejut sangat2.
" Semalam rasa ah choi bagthu semasa dia main laptop dalam bilik kawan dia menghadap terus ke bilik gerakan, ada satu objek putih macam nak masuk bilik gerkan tapi xleh nak masuk jew". Bagia dengan muka serius bagtahu.
saya pun menceritakan semua kepada bagia dan saya rasa betul cakap abah disebabkan saya baca yasin dan ayat pelindung la jadi macm neyh. jadi saya SMS ke rukaini dan zakwan untuk stdy dekat bilik gerakan dan saya tidak menceritakn sepatah pun pada mereka supaya mereka tidak ketakutan untuk tido di dalam bilik tersebut.
Mereka bersama saya 3hari berturut-turut dan tidur bersama dan salah seorang daripada kami berjaga malam untuk belajar. kalau mereka ngantuk sangat saya akan berjaga bagi memastikan tidak semua orang tidur kerana itulah pantang larang abah bagitahu. jikalau kami semua tidur serentak dan tiada seorang berjaga maka xpasal la duk dalam hutan semasa bagun tido. Nauzubillah.
ALhamdullah selepas 3 hari khairul pun join kita orang stdy dalam bilik gerkan dan dia join kitaorang tidur. harinya sudah tiba macam yang disuruh oleh abah supaya cukup 3 hari tidur dalam bilik gerakan maka cakap la terang supaya meraka pindah tempat lain.
"tolong pindah erk. kita orang nak duduk sini dan xnak gangu awak semua".
saya berkata dan kata-kata saya tidak dikatahui oleh rukaini,kharul dan zakwan.
Alhamdlah selepas daripada apa yang saya buat macam abah nasihatkan bilik gerkan tersebut rasa macam lain dan boleh tidur didalam tersebut. tetapi malangnya bilik gerakan itu tidak dapat digukan lagi disebabkan rekahan konkret struktur bangunan menyebabkan air masuk kedalam bilik gerakan dan bau yang agak busuk.
sehingga sekarang bilik itu dalam proses pembaikan. dan saya amat merindui bilik tersebut kerana banyak peristiwa didalam itu mengajar saya dan semua pengalaman itu adalah guru terbaik bagi masa depan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan