Khamis, 2 Disember 2010

Apakah Kelemumur?

• Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala
yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
• Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
• Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
• Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh
menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur Kelemumur

• Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
o Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
o Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
o Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
o Pengeluaran minyak yang berlebihan
o Perubahan hormon
o Tekanan perasaan
o Daya imuniti yang rendah

Apakah tanda-tanda kelemumur?
• Kulit kepala gatal dan menggelupas
• Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada
rambut, bahu
• Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada

Cara-cara untuk merawat kelemumur?
Gunakan syampu anti kelemumur.
Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:
• Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan
kelemumur
• Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
• Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
• Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel
dan kulat
• Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
• Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
• Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur,
gel dan mousse rambut:

Apa penyebab kulit mengelupas?
Keadaan Ciri-ciri
Kulit kering • Gatal
• Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic
dermatitis • Kulit kemerahan dan berminyak
• Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
• Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak
seperti bulu kening, belakang telinga, hidung . dan pangkal peha.

Psoriasis • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
• Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
• Kawasan yang sering terlibat adalah kulit , lutut, siku dan bahagian badan

Contact
dermatitis • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
• Disebabkan oleh alahan kepada produk , rambut yang
tertentu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Spirit Of Ukhwah

Spirit Of Ukhwah
My Organization