Khamis, 16 Disember 2010
Bagaimana nak format External Hard disk Kepada FAT32
Salam kepada semua pembaca dan terima kasih kerana sudi membaca lagi. Kali ini zick ingin berkongsi dengan anda bagaimna nak tukar format NTFS original external hard disk kepada FAT32 untuk support PS3 dan xbox konsol dimana anda tidak perlu pikir banyak untuk mencuba pelbagai kaedah, kerana saya telah berjaya menukar external hard disk saya kepada format FAT32.
Disini anda boleh download direct daripada link saya melalui Mediafire tanpa melalui "cashsharing" dimana anda perlu membayar untuk mendownload file ini untuk hacker yang mana mencari duit melalui kaedah ini. Software ini mampu format external hard disk walaupun 2TERA.
sila tekan link ini untuk download:
http://www.mediafire.com/?9l1mcz157n3301w
langkah-langkah:
1-Anda perlu muat turun terlebih dahulu software ini.
2-sambungkan external hard disk anda.
3-cari dimana software itu anda save dan tekan "double click" atas icon bulatan merah tersebut.
4-selepas itu anda perlu memilih external hard disk anda dan hanya tekan butan "start".(format akan diperoses)
5-siap
selamat mencuba dan jangan lupa meninggalkan komen selepas anda mencuba.
Sihir Dan Hukumnya.Kenapa Orang Masih Melakukannya??
Manusia adalah sebaik2 ciptaann Allah s.w.t dan kadang-kadang sikap manusia boleh berubah dengan sekelip mata apabila NAFSU mengawalnya. Jika para pembaca ingin ketahui bahawa "NAFSU" adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang mana sangat ingkar dengan perintah Allah sebelum penciptaan Nabi Adam Alai hissalam.
Sihir ataupun ilmu hitam dan pertolongan daripada syaitan adalah syirik besar dan sesungguhnya dosa syirik tiada keampunan daripadaNYA. Hasad dengki dan hati yang busuk dan dendam kesumat dicampur dengan iman yang rapuh seperti kayu dimakan anai-anai biasanya mudah terjerumus dengan kegiatan sihir ini. Inilah sikap orang kita yang masih berfikiran kolot dan JUMUD apabila melihat seseorang individu itu melebihi apa yang dia miliki, maka datanglah bantuan syaitan untuk menjatuhkan seseorang walau apa sekalipun untuk memuaskan hatinya..
Ok jika kita tengokkan dari segi perniagaan dan perebutan harta pusaka,ramai orang2 melayu menggunakan sihir demi kepentingan mereka..Adakah semua ini berbaloi untuk menaikkan martabat bangsa dan Agama? jika dibandingkan dengan bangsa Bukan Islam dan negara2 yang maju, mereka sangat jauh menggunakan cara yang lebih etika dan bertamadun. Jika sikap ini masih ada dan wujud dalam diri kita, fikirkanlah sampai bila agama dan bangsa kita akan maju??
Kebiasaan orang yang tidak pernah merasa diri mereka terkena sihir mereka akan fikir semua ini tidak logik kerana semua ini semua hanya ilusi manusia semata2.. Kita perlu mnyedari bahawa yang jin dan syaitan wujud di alam kita dan cuma Allah membatasi semua penglihatan tentang makhluk tersebut daripada kita. Kita hanya boleh melihat mereka jika mereka(syaitan dan jin) memperlihatkan diri mereka dalam perbagai bentuk rupa. soalan yang menjadi kebiasaan kepada yang terkena sihir adalah seperti berikut.
"Bagaimana mahu mengubati anak gadis yang telah disihir? Bagaimana mahu membebaskan dirinya daripada belengggu sihir? Bagaimana mahu menyembuhkan penyakit pelik ini? "Saya sudah terlalu lama menanggung azab", bisik hatinya. Ahhhh,,,siap kau! Aku akan bertemu dengan tukang sihir yang lebih hebat dan tahulah kamu padahnya! Kau juga akan merasakan kesakitan seperti yang aku rasakan bahkan kesakitan yang lebih parah!"
Mungkin inilah yang dibisikkan oleh seorang pesakit yang disihir. Hatinya gundah dan resah, tambahan dengan keimanannya yang lemah dan pengetahuan agamanya yang cetek. Maka dendam kesumat itu akan terus menyala, merosakkan orang lain dan dirinya. Bahkan dendam itu akan turut merosakkan akidah dirinya sendiri.
Persoalan berkaitan merungkai sihir ini adalah termasuk dalam permasalahan "an-Nusyrah" yang dibincangkan hukumnya oleh para ulama. Nusyrah (merungkaikan sihir) ini terbahagi kepada dua.
Pertama; Merungkaikan sihir dengan sihir.
Kedua; Merungkaikan sihir dengan menggunakan ruqyah (jampi syarak), ayat-ayat @ zikir pelindung dan juga ubat-ubatan yang diharuskan.
عن جابر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن النشرة ؟ فقال:" هي من عمل الشيطان ". رواه أحمد بسند جيد وأبو داود
Daripada Jabir radiyallahu anhu bahawa rasulullah ditanya tentang an-nusyrah, lalu baginda menjawab; "Ianya adalah termasuk dalam amalan syaitan". Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.
Hadis ini memberi maksud pengharaman bagi mereka yang menemui tukang sihir untuk merungkaikan sihirnya. Adapun merungkaikan sihir dengan doa-doa dan ruqyah yang disyariatkan maka ianya diharuskan. Kedua-dua pihak samada tukang sihir yang merungkaikan sihir mahupun pesakit yang terkena sihir akan menerima dosa dengan perbuatan mereka. Ini kerana kedua-duanya akan mendambakan dirinya kepada syaitan, melakukan kesyirikan, mentaati segala permintaan dan suruhannya sehinggalah kepada melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak.
Justeru menjauhi amalan syaitan adalah wajib dan mendekati apatahlagi melakukannya adalah haram. Hal ini sama seperti dalam surah al-Maidah ayat 90 bermaksud; "Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[[1]], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
Berkata Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan Hafizahullah; "Adapun sesiapa yang menfatwakan harus merungkaikan sihir dengan sihir yang seumpamanya, maka dia telah tersilap dan salah dari banyak sudut;
1) Fatwanya itu menyalahi fatwa-fatwa yang soheh yang disokong oleh dalil-dalil syarak.
2) Fatwa yang mengharuskan itu akan merangsang dan membanyakkan lagi bilangan tukang sihir dengan alasan mahu menolong orang yang di sihir.
3) Fatwa seperti ini akan membatalkan hukum syarak yang memerintahkan agar dibunuh tukang sihir seperti termaktub dalam hadis.
4) Sesungguhnya Allah telah menjadikan ubat bagi mereka yang terkena sihir dengan menggunakan an-nusyrah as-syariyyah.
5) Sesungguhnya tidak boleh berubat dengan benda-benda yang haram seperti sabda nabi yang bermaksud; "berubatlah kamu semua, dan janganlah berubat dengan benda-benda yang haram". Ibnu mas'ud berkata; "sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu semua dengan sesuatu yang dihaamkannya kepadamu, dan sihir merupakan kekufuran yang mengeluarkan seserorang dari agamanya. Dan sihir merupakan diantara dosa-dosa besar, bagaimana ianya harus digunakan untuk berubat?.
Cara an-Nusyrah yang diharuskan;
1) Menggunakan ayat-ayat ruqyah (jampi) yang termaktub dalam al-quran dan as-sunnah. Ayat-ayat itu juga kadang-kadang dengan ijtihad ulama berkaitan ayat-ayat yang sesuai mengikut kesesuaian penyakit. Samada si pesakit membaca sendiri ayat-ayat jampi ini –ini adalah yang paling afdhal- ataupun dibacakan oleh orang lain kepada pesakit.
2) Mengamalkan ayat-ayat pelindung setiap pagi dan petang. Seperti surah al-Falaq dan an-Nass, juga hadis Nabi; "a'uzubikalimatillah al-tammati min syarri ma kholaq" dan lain-lain lagi contoh dalam hadis.
3) Menggunakan beberapa bahan ubatan yang diharuskan seperti daun sidir, minyak wangi, minyak zaitun, air zam-zam, tamar Nabi, madu dan sebagainya yang mengandungi khasiat tertentu seperti termaktub dalam hadis. Bahan-bahan ini disertakan dengan bacaan al-Quran dan ruqyah untuk diberikan kepada pesakit yang disihir sebagai minuman, mandian, sapuan dan sebagainya.
Akan tetapi perlu diingat, bahawa pesakit mestilah bersangka baik dengan Allah dan yakin bahawa ubatan dan usah-usaha ruqyah yang dilakukan adalah mujarab. Sesungguhnya kesembuhan adalah ditangan Allah. Dialah yang memberi mudharat dan manfaat. Mereka yang ditimpakan sihir harus bersabar dengan perubatan-perubatan syarak ini, sekalipun kadang-kadang ianya memakan masa yang agak lama. Sebenarnya dalam masalah ruqyah ini ianya berkait juga kepada keyakinan pesakit, rasa tawakkal dan azam yang tinggi untuk sembuh. Semoga Allah menyembuhkan mereka yang ditimpakan musibah ini, menghapuskan kejahatan-kejahatan tukang sihir serta membongkar kejahatan-kejahatan mereka kepada umum. "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang maha sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan".
[1] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

Jumaat, 3 Disember 2010
Jom mengenali Kehidupan Jerawat Dari Peringkat Awal...
Jerawat?
Kita semua mengataui tentang jerawat dan menjadi benda baru bagi remaja yang sedang meningkat dewasa. Sebelum kita mengenali lebih lanjut mengenai pertumbuhan jeratan diatas permukaan kulit kita, saya telah menyediakan satu gambar mengenai kulit yang normal dan tidak dijangkiti oleh bakteria.
Tidak ada yang benar-benar memahami, folikel, sering disebut pori-pori, kadang-kadang disekat. Sebum (minyak) yang biasanya mengalir ke permukaan kulit akan disekat oleh bakteria mula tumbuh. Baik bintik-bintik hitam dan bintik2 putih mula keluar sebagai sebuah microcomedone. Gambar dibawah adalah sebuah microcomedone:
Ada dua jenis jerawat:
Microcomedones menjadi noda kulit yang tidak meradang yang disebut komedo - baik whitehead (bintik2 putih) atau blackhead (Bintik2 hitam):
Kadang2 jerawat besar membuat kita sangat geram untuk memicitnya, kita berasa tidak puas hati selagi jerawat tersebut tidak pecah dan berada di muka kita untuk tempoh masa yang lama dan kadang-kadang membuatkah diri kita kurang selesa untuk bergaul dengan orang ramai kerana malu.
Disini sedikit pengatahuan yang kita dapat mengatahui macam mana jerawat yang boleh wujud pada kulit kita selama ini..terima kasih kerana membaca..
May Allan Blez U.amin
Khamis, 2 Disember 2010
Apakah Kelemumur?
• Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala
yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
• Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
• Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
• Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh
menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur Kelemumur
• Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
o Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
o Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
o Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
o Pengeluaran minyak yang berlebihan
o Perubahan hormon
o Tekanan perasaan
o Daya imuniti yang rendah
Apakah tanda-tanda kelemumur?
• Kulit kepala gatal dan menggelupas
• Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada
rambut, bahu

Cara-cara untuk merawat kelemumur?
Gunakan syampu anti kelemumur.
Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:
• Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan
kelemumur
• Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
• Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
• Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel
dan kulat
• Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
• Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
• Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur,
gel dan mousse rambut:
Apa penyebab kulit mengelupas?
Keadaan Ciri-ciri
Kulit kering • Gatal
• Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic
dermatitis • Kulit kemerahan dan berminyak
• Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
• Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak
seperti bulu kening, belakang telinga, hidung . dan pangkal peha.
Psoriasis • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
• Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
• Kawasan yang sering terlibat adalah kulit , lutut, siku dan bahagian badan
Contact
dermatitis • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
• Disebabkan oleh alahan kepada produk , rambut yang
tertentu

Langgan:
Catatan (Atom)