Dewasa ini kita selalu dikaitkan dengan kehidupan yang serba canggih dan moden. Semua kehendak dan kemahuan yang terlintas difikiran kita dapat dicapai dengan perkihdmatan jalur lebar ataupun lebih dikenali sebagai "internet".
Apabila abab ke-20 menjelma pelbagai jenis keratan dada akhbar terpapar pelbagai jenis jenayah siber yang muncul dan menjadi satu jenayah yang baru di zaman ini. Jika anda tidak mahu tergolong daripada segelintir daripada mereka sila teruskan membaca artikel ini.
 
 Artikel ini berkaitan undang undang siber dan kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna dan usahawan internet sama ada secara sedar atau tidak.
Cuba anda bayangkan pada satu ketika anda sedang gembira mengaut keuntungan dihadapan komputer dan bersenang- lenang bersama keluarga. Dalam masa yang sama juga terdegar ketukan pintu atau loceng rumah anda dan apabila salah seorang ahli keluarga anda membuka pintu lalu berdiri tegak dua pegawai polis dari cawangan jenayah perdagangan. Anda ditahan kerana melakukan jenayah siber dan berhadapan dengan kemungkinan dipenjara.Sudah pasti anda terpana seketika kerana anda tidak menyedari bahawa satu kesalahan telah dilakukan.

MENCURI
    Kadang-kandang benda yang dianggap remeh adalah boleh menyebabkan anda berada dijel.Sekiranya anda membuat capaian ke atas maklumat pengguna  lain seperti data peribadi, senarai, rekod, emel peribadi walaupun  dengan niat yang baik boleh ditakrifkan sebagai mencuri.Selain itu  memindahkan wang dari satu akaun ke akaun lain tanpa kebenaran juga  ditafsirkan sebagai mencuri. Sekiranya anda sering mendapatkan data  bakal pelanggan anda tanpa kebenaran, sebelah kaki anda sudah berada di  dalam lokap.
MENCEROBOH
    Mengakses atau membuat capaian tanpa kuasa ke atas laman web berbayar, menukar link  affiliate pengguna lain kepada identiti anda dengan niat untuk  memindahkan pendapatan kepada milik anda boleh disifatkan sebagai  menceroboh(hijacking). Awas sekiranya anda sering menyalin kod laman web  pemilik lain tanpa kebenaran kerana anda telah menceroboh.
PENIPUAN
   Kebelakangan ini internet menjadi medan untuk memperkenalkan pelbagai  skim skim yang bertujuan menarik pengguna agar memasukkan sejumlah wang  sama ada berbentuk perniagaan, pelaburan, sumbangan dan menggunakan  pelbagai kaedah perniagaan seperti Multilevel marketing/sistem piramid,  peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit,  pinjaman pendahuluan dan tawaran pekerjaan. Kaedah ini sering terdedah  kepada penipuan. Usahawan internet perlu berhati hati kerana takrif  penipuan ini amat luas dan sekiranya produk yang anda tawarkan tidak  setimpal dengan harga dan kualiti, maka anda akan dikenakan dakwaan  menipu sekiranya pengguna bertindak memanjangkan dakwaan tersebut kepada  pihak berwajib.PEMALSUAN
    Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web atau  memalsukan fakta dan maklumat boleh dikenakan hukuman denda tidak  melebihi RM 150,000 atau 10 tahun penjara atau kedua duanya sekali.  Hukuman yang berat ini merupakan langkah kerajaan dalam menangani  masalah yang diakibatkan oleh kecurangan ataupun "fraud" yang dilakukan menerusi  internetKHIANAT
     Vandalisma siber seperti meminda laman web umum dan menukarkan  paparan serta maklumat seperti yang dilakukan oleh hackers boleh  ditafsirkan sebagai mengkhianat yang membawa hukuman yang berat.  Pencerobohan siber pula adalah tindakan menceroboh laman web  persendirian yang perlu mengggunakan kata laluan menyebarkan virus,  pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah merupakan kesalahan yang  amat berat serta boleh dikenakan hukuman denda RM 100,000 dan 7 tahun  penjara atau kedua duanya sekali. Gangguan Siber (cyber-harrasment)  merupakan antara jenayah siber yang sering dilakukan sama ada secara  sedar mahu pun tidak.Sebagai pengguna internet kita perlu berhati-hati dalam penggunaan kerana tersilap langkah kita akan disabitkan dibawah jenayah siber. Maka sama-samalah kita berhati-hati.
Terima Kasih kerana membaca blog saya.http://www.facebook.com/#!/spritofukhwah
 




 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan